WhatsApp "JOIN"
Kerjaya ejen hartanah · Pinnacle Group

Jom jadi ejen hartanah bersama Hartanah Malaya

Kerjaya ejen hartanah yang boleh jana pendapatan 5 angka. Mula dari kosong, kami bimbing sampai closing: training percuma, sistem, projek siap untuk dijual dan mentor berpengalaman lebih 20 tahun.

Ejen hartanah berbincang pelan rumah di galeri jualan
Kenapa hartanah

Industri evergreen: orang tetap beli, jual dan sewa rumah

Pasaran hartanah Malaysia mencatat nilai transaksi tertinggi pada 2025. Setiap transaksi ialah peluang komisen untuk ejen berdaftar.

RM241.87bnilai transaksi hartanah 2025 (NAPIC)
416,413transaksi hartanah 2025 (NAPIC)
61.6%transaksi ialah rumah kediaman
34.2 jutapenduduk Malaysia 2025, umur median 31.3 (DOSM)

Sumber: NAPIC, Laporan Pasaran Harta 2025; DOSM, Anggaran Penduduk Semasa 2025.

Dua jalan pendapatan

Jual projek baru dan subsale, dua-dua sekali

Project sales

Pasaran primer: terus dari pemaju

Unit baru, dalam pembinaan atau siap. Harga dan pakej tetap, kitaran jualan lebih cepat. Fokus pada pemasaran: TikTok Live, roadshow dan iklan. Stok datang dari pemaju, jadi anda tak perlu cari listing.

Subsale

Pasaran sekunder: rumah terpakai

Dapat lantikan owner, pasarkan, runding, urus loan dan peguam sehingga SPA. Lebih banyak kerja, tetapi siapa pegang listing, dia pegang deal. Sistem HQ bantu anda dapatkan owner.

Kenapa Hartanah Malaya

Anda tak bermula seorang

Komisen laju

Komisen projek dalam 3 hari

Untuk jualan projek, komisen boleh dibayar seawal 3 hari selepas SPA ditandatangan.* Cashflow laju, tak perlu tunggu berbulan.

200+ projek

Projek siap untuk dijual

Lebih 200 projek di utara, tengah, selatan dan pantai timur dalam satu sistem, termasuk listing di UnderconProperties.my dan SubsaleProperties.my.

Sistem cari owner

HQ bantu dapatkan owner

Beri alamat rumah yang anda mahu jadikan listing, pasukan HQ bantu cari pemiliknya. Anda hubungi owner, runding dan dapatkan lantikan.

Training

Akademi Ejen & bot 24 jam

13 modul latihan dalam talian, dari asas hartanah hingga pelan RM10K sebulan, serta bot Training Manager di Telegram yang jawab soalan projek dan SOP bila-bila masa.

Pemasaran

Channel & bahan siap

Telegram channel projek, poster, video dan pakej terkini untuk setiap projek, sedia untuk anda kongsi dengan pembeli.

Mentor

Leader 20+ tahun pengalaman

Bimbingan terus daripada leader berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri: langkah demi langkah sampai closing pertama.

*Tertakluk kepada terma dan syarat projek.

Contoh kiraan

Macam mana capai RM10K sebulan

Jalan 1 · Project

Live TikTok 1 hingga 2 jam sehari, jual projek kepada ramai pembeli serentak.

Unit dijual sebulan2 unit
Komisen seunit (contoh)RM5,000
Pendapatan sebulanRM10,000

Jalan 2 · Subsale

Cari 5 listing seminggu, 20 listing sebulan. Lebih banyak listing, lebih banyak closing.

Listing sebulan20 → 2 closing
Komisen sedeal (contoh)RM5,000
Pendapatan sebulanRM10,000

Contoh ilustrasi sahaja, bukan jaminan pendapatan. Hasil sebenar bergantung kepada usaha, projek dan struktur komisen.

Siapa sesuai

Kerjaya ini untuk anda jika…

Fresh graduateSuri rumahEx-sales / insuransSuka TikTok & media sosialMahu waktu kerja fleksibelMahu ubah hidup

Tiada pengalaman? Tak apa, kami latih dari awal.

Property Leader

Sudah ada pengalaman? Bina team sendiri

Kami juga mencari Property Leader untuk sertai team Bumiputera terbesar dan bina pasukan sendiri.

  • Mulakan bisnes tanpa modal besar
  • Pejabat disediakan, atau buka pejabat sendiri
  • Sokongan dana pemasaran
  • Komisen penuh dibayar laju
  • Bimbingan untuk bina dan urus team
  • Akses 200+ projek seluruh negara

Butiran pakej leader diterangkan semasa taklimat.

Cara sertai

3 langkah mula

  1. WhatsApp "JOIN"

    Hantar "JOIN" ke 013-428 3374. Kami hubungi anda untuk sesi taklimat.

  2. Kursus NCC & tag REN

    Hadiri kursus NCC 2 hari (sekitar RM600 hingga RM648) untuk jadi ejen berdaftar dengan LPPEH di bawah Akta 242. Kami bantu pilih tarikh dan proses tag REN.

  3. Training & mula jual

    Masuk sistem, ikut modul Akademi Ejen dan mentor, kemudian closing pertama anda.

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Perlu pengalaman untuk jadi ejen hartanah?

Tidak. Kami latih dari asas: cara dapat listing, pemasaran, viewing, rundingan hingga urusan loan dan peguam. Anda perlu lulus kursus NCC dan mendapat tag REN sebelum mula berurusan dengan klien.

Berapa kos untuk mula?

Kos utama ialah kursus NCC sekitar RM600 hingga RM648 bergantung penganjur. Training dan sistem Hartanah Malaya tidak dikenakan bayaran.

Bila komisen dibayar?

Untuk jualan projek baru, komisen boleh dibayar seawal 3 hari selepas SPA ditandatangan, tertakluk terma dan syarat projek. Untuk subsale, komisen dituntut selepas SPA ditandatangan.

Saya tinggal di luar Lembah Klang, boleh sertai?

Boleh. Kami ada projek di utara, tengah, selatan dan pantai timur, dan training boleh diikuti secara dalam talian melalui Akademi Ejen dan bot Training Manager.

Jom mulakan kerjaya anda

WhatsApp "JOIN" sekarang untuk sesi taklimat percuma.

Rumah Anda, Amanah Kami.